Jumaat, 17 Januari 2014

saudara islamku ^_^


Bismillah..
Alhamdulillah..dengan izin Allah dapat lagi aku mencoret sesuau dalam blog ni..even pun tak seberapa.. errmm.. entry kali ni agak menembak diri ini sendiri.. apa taknya.. isu palestin dan syria.. lebih2 lagi diriku ini bergelar seorang muslimah .. bagaimana kita bloeh hidup dengan tenang .tak terfikirkah kita akan saudara2 kita di sana ..?? tak teringatkah kita "bahawa umat islam itu bersaudara"?? tak pedulikah kita akan nasib mereka yang setiap hari ditndas tanpa kesudahan..

Palestin, Syria, dll: Perlu Apa Untuk Peduli?

Sahabatku, sesungguhnya mewahnya hidup kita selama ini, walaupun tidaklah semewah pak-pak menteri yang setiap hari membina istana bahagia daripada hasil rompakan air mata serta titik peluh marhaennya sendiri, namun sekurang-kurangnya, makan dan pakai kita masih lagi mencukupi, kan?

Bahkan, ramai di antara kita yang setiap harinya masih dapat mengecap sebuah kebahagiaan yang bukan semua orang di dunia berpeluang mendapatnya, iaitulah dapat mengucupi tangan-tangan kedua ibu dan bapanya setiap pagi dan sentiasa ada masa bersama.., bahawasanya itulah suatu kebahagiaan besar yang ada sesetengah orang menikmatinya, namun hanyalah lewat mimpi mereka sahaja.

Sahabatkuku, walaupun ada di antara kita yang tidaklah segenius Einstein di dalam pelajarannya di sekolah, namun kebanyakan kita masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan pelajaran kita, kan? Tidak pernah pula kita melihat mana-mana anak di negara kita dibuang sekolah hanya kerana ia tidak pandai membaca A, B, C ataupun kerana ia tidak mengenal 1, 2, 3.

Bahkan aku ini yang sebenarnya tidaklah pandai pun di dalam pelajarannya, namun alhamdulillah Allah masih jua mudahkan langkahnya sehinggalah ke hari ini. MasyaAllah, adapun itulah suatu keajaiban yang selalu Allah berikan kepada orang-orang sepertiku. Sesungguhnya aku melihat apabila ada suatu nikmat yang Dia ambil daripada kita, maka Dia akan gantikan kekurangan kita itu dengan sebuah kesenangan yang lainnya pula.hanya perlukan keyakinan dengan pertolongan Allah.. Maka sahabat, usahlah kamu merasa cemburu andai ada di antara sahabat-sahabatmu yang kamu lihat lebih senang daripadamu kerana mungkin ada kekurangan pada dirinya yang kamu tidak nampak.

sahabat , alangkah berbahagianya hidup kita di sebuah bumi yang bernama Malaysia. Sungguh, kita selalu lupa hendak bersyukur di atas banyaknya nikmat yang berbelas-belas tahun, ataupun berpuluh-puluh tahun telah kita kecapi.


Pernahkah Kamu Terfikir Yang Ini?



Pernahkah kita bayangkan, suatu hari kita bangkit daripada tidur, dan kita lihat, segala kesenangan serta nikmat yang selama ini selalu kita lupa untuk mengucapkan syukur terhadapnya itu, hilang daripada pandangan, dan terlepas daripada tangan kita, ?


Pernahkah kita bayangkan, sebuah masjid tempat ayah selalu membawa kita  untuk bersolat jemaah, suatu hari ianya dirampas dengan kejam, oleh tangan-tangan suruhan dajjal yang cukup benci dengan 'aqidah yang kita bawa dalam jiwa , ? Kemudiannya lagi, mereka tambahkan pula sebuah fitnah dengan menukarkan masjid yang sebenar itu dengan masjid yang lain kerana mahu mengelirukan umat Islam, hingga kita fikir, masjid kita masih lagi terselamat tanpa dikorek-korek di bawah tanahnya! ALLAHUKBAR !! 



Pernahkah pula, kita bermimpi , bahawa ayah yang selalu memimpin tangan kita itu, suatu hari gugur syahid di depan mata kita sendiri demi mempertahankan diri serta seluruh ahli keluarga kita daripada tangan-tangan suruhan dajjal yang cukup benci dengan perkataan Islam yang tertulis pada kad pengenalanmu itu, ??



 Pernahkah pula kita membayangkan rumah tempat membesar yang telah kita anggap sebagai syurga yang tersergam indah itu, akhirnya hanya menjadi lambakan batu-batan yang tidak berguna di sisi jalan akibat bedilan daripada tangan-tangan dajjal yang begitu dengki sekali dengan kebahagiaan yang kita miliki selama ini?



 pernahkah kita bayangkan apakah perasaanmu tatkala melihat kehormatan ibu sendiri, kakak-kakak sendiri, dan adik-adik perempuan sendiri, diragut sesuka hati tanpa sedikitpun belas kasihan oleh tangan-tangan suruhan dajjal yang jiwa mereka itu terpenuhkan dengan nafsu-nafsi yang dipandu oleh syaitan?



 pernahkah pula kita bayangkan, pada suatu hari bila kita bangkit daripada tidur yang panjang dan enak pada sebelah malamnya itu, pagi itu kita bangkit tanpa bapa, tanpa ibu, tanpa abang-abang, tanpa kakak-kakak, tanpa adik-adik, tanpa teman-teman, dan tanpa sekolah??

Apa Peranan Kita,???
 bayangkanlah terlebih dahulu kesemua situasi yang telah kuberikan kepadamu di atas tadi. aku percaya, bahawa kamu ada jawapannya, kan??
Adapun, sejak bumi Palestin yang amat menjadi kecintaan kepada setiap yang bergelar Muslim di hati itu dijajah, aku ini masih ingat tentang sebuah surat cinta yang dikirimkan oleh tangan-tangan suci yang telahpun mengikrarkan janji setia mereka untuk mengorbankan jiwa dan harta mereka bagi pihak kita demi mempertahankan Baitul Maqdis yang bakal menjadi pusat pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti.




"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya." 

Sahabatku, inilah dianya suatu ayat yang membuatkan diri ini merasa takut sekali !! aku bimbang, jika aku tidak menyumbang apa-apa mengenai hal ini, maka aku akan didakwa di akhirat kelak! Nauzubillah., . Adapun, hal tanggungjawab ini bukanlah hanya tertakluk kepada isu Palestin sahaja, tetapi juga meliputi semua umat Islam yang ditindas di seluruh dunia termasuklah di Syria, Mesir, Libya, Yaman, dan lain-lain lagi.

Di bawah inilah jua beberapa tanggungjawab kita untuk membantu mereka jika menurut 'aqalku yang teramatlah pendek ini;

1. Doa & Solat
Sahabatku, paling tidakpun sekali di dalam hidup kita, ambillah sedikit daripada masa kita yang terlalu banyak itu untuk kita tunaikan dua rakaat solat hajat serta doakanlah kekuatan buat para mujahidin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air serta ahli keluarga mereka itu. Doakanlah kemenangan mereka, agar dengan kemenangan itu, maka Islam akan kembali menjadi kuat!

2. Infaq
sahabatku, apabila kita melihat adanya masjid-masjid, ataupun surau-surau, atau jua mana-mana organisasi ataupun pertubuhan yang membuat panggilan kepada kita untuk menyedekahkan harta kepada negara-negara Islam yang sedang ditindas itu, maka usahlah kedekut untuk menginfaqkan sedikit daripada harta kita yang tidakpun pernah habis itu.

3. Sampaikanlah
sahabatku, andainya ada apa-apa aktiviti juga program yang melibatkan tentang isu penindasan umat Islam, maka perlulah untuk kita sertai, kalaupun tidak sebagai ahli yang menganjurkan, paling kurangpun sebagai peserta yang menerima pengisian. Setelah itu, panjang-panjangkanlah, dan sampai-sampaikanlah berita yang telah kita tahu itu kepada saudara-saudara yang lain.

4. Boikot Produk Penindas (Israel, USA, dll)
Adapun sahabatku, inilah salah satu cara bagi kita sebagai individu yang mungkin kesannya tidak sebesar manapun, namun jika dilakukan secara berterusan, insyaAllah, besarlah harapan kita untuk melihat kekalahan tentera-tentera dajjal dengan cara melemahkan sumber ekonomi mereka.tentang hal ini, aku menyeru diri ini sendiri, serta sahabat2 juga, agar lakukanlah ia secara berterusan, kalau boleh biarlah sampai ke habis hayat kita di dunia ini. 

Kerana pada fikiranku, biarpun mereka telah berhenti daripada membunuh saudara-saudara kita, namun darah-darah yang telahpun mereka tumpahkan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu, tidak mungkin akan kita halalkan dengan begitu mudah sekali, wahai saudaraku!!

 inilah jua dianya sekadar usaha kecilku yang kuharapkan semoga Allah redha kepadanya, dan semoga kita semua akan terselamatlah daripada didakwa oleh para syuhada' yang telah dan bakal pergi meninggalkan kita di akhirat kelak! Aamiin..

"jom tingkatkan iman,
gerakkan amal"

wassalam.. ^_^



Tiada ulasan:

Catat Ulasan