Jumaat, 17 Januari 2014

saudara islamku ^_^


Bismillah..
Alhamdulillah..dengan izin Allah dapat lagi aku mencoret sesuau dalam blog ni..even pun tak seberapa.. errmm.. entry kali ni agak menembak diri ini sendiri.. apa taknya.. isu palestin dan syria.. lebih2 lagi diriku ini bergelar seorang muslimah .. bagaimana kita bloeh hidup dengan tenang .tak terfikirkah kita akan saudara2 kita di sana ..?? tak teringatkah kita "bahawa umat islam itu bersaudara"?? tak pedulikah kita akan nasib mereka yang setiap hari ditndas tanpa kesudahan..

Palestin, Syria, dll: Perlu Apa Untuk Peduli?

Sahabatku, sesungguhnya mewahnya hidup kita selama ini, walaupun tidaklah semewah pak-pak menteri yang setiap hari membina istana bahagia daripada hasil rompakan air mata serta titik peluh marhaennya sendiri, namun sekurang-kurangnya, makan dan pakai kita masih lagi mencukupi, kan?

Bahkan, ramai di antara kita yang setiap harinya masih dapat mengecap sebuah kebahagiaan yang bukan semua orang di dunia berpeluang mendapatnya, iaitulah dapat mengucupi tangan-tangan kedua ibu dan bapanya setiap pagi dan sentiasa ada masa bersama.., bahawasanya itulah suatu kebahagiaan besar yang ada sesetengah orang menikmatinya, namun hanyalah lewat mimpi mereka sahaja.

Sahabatkuku, walaupun ada di antara kita yang tidaklah segenius Einstein di dalam pelajarannya di sekolah, namun kebanyakan kita masih lagi diberikan peluang untuk meneruskan pelajaran kita, kan? Tidak pernah pula kita melihat mana-mana anak di negara kita dibuang sekolah hanya kerana ia tidak pandai membaca A, B, C ataupun kerana ia tidak mengenal 1, 2, 3.

Bahkan aku ini yang sebenarnya tidaklah pandai pun di dalam pelajarannya, namun alhamdulillah Allah masih jua mudahkan langkahnya sehinggalah ke hari ini. MasyaAllah, adapun itulah suatu keajaiban yang selalu Allah berikan kepada orang-orang sepertiku. Sesungguhnya aku melihat apabila ada suatu nikmat yang Dia ambil daripada kita, maka Dia akan gantikan kekurangan kita itu dengan sebuah kesenangan yang lainnya pula.hanya perlukan keyakinan dengan pertolongan Allah.. Maka sahabat, usahlah kamu merasa cemburu andai ada di antara sahabat-sahabatmu yang kamu lihat lebih senang daripadamu kerana mungkin ada kekurangan pada dirinya yang kamu tidak nampak.

sahabat , alangkah berbahagianya hidup kita di sebuah bumi yang bernama Malaysia. Sungguh, kita selalu lupa hendak bersyukur di atas banyaknya nikmat yang berbelas-belas tahun, ataupun berpuluh-puluh tahun telah kita kecapi.


Pernahkah Kamu Terfikir Yang Ini?



Pernahkah kita bayangkan, suatu hari kita bangkit daripada tidur, dan kita lihat, segala kesenangan serta nikmat yang selama ini selalu kita lupa untuk mengucapkan syukur terhadapnya itu, hilang daripada pandangan, dan terlepas daripada tangan kita, ?


Pernahkah kita bayangkan, sebuah masjid tempat ayah selalu membawa kita  untuk bersolat jemaah, suatu hari ianya dirampas dengan kejam, oleh tangan-tangan suruhan dajjal yang cukup benci dengan 'aqidah yang kita bawa dalam jiwa , ? Kemudiannya lagi, mereka tambahkan pula sebuah fitnah dengan menukarkan masjid yang sebenar itu dengan masjid yang lain kerana mahu mengelirukan umat Islam, hingga kita fikir, masjid kita masih lagi terselamat tanpa dikorek-korek di bawah tanahnya! ALLAHUKBAR !! 



Pernahkah pula, kita bermimpi , bahawa ayah yang selalu memimpin tangan kita itu, suatu hari gugur syahid di depan mata kita sendiri demi mempertahankan diri serta seluruh ahli keluarga kita daripada tangan-tangan suruhan dajjal yang cukup benci dengan perkataan Islam yang tertulis pada kad pengenalanmu itu, ??



 Pernahkah pula kita membayangkan rumah tempat membesar yang telah kita anggap sebagai syurga yang tersergam indah itu, akhirnya hanya menjadi lambakan batu-batan yang tidak berguna di sisi jalan akibat bedilan daripada tangan-tangan dajjal yang begitu dengki sekali dengan kebahagiaan yang kita miliki selama ini?



 pernahkah kita bayangkan apakah perasaanmu tatkala melihat kehormatan ibu sendiri, kakak-kakak sendiri, dan adik-adik perempuan sendiri, diragut sesuka hati tanpa sedikitpun belas kasihan oleh tangan-tangan suruhan dajjal yang jiwa mereka itu terpenuhkan dengan nafsu-nafsi yang dipandu oleh syaitan?



 pernahkah pula kita bayangkan, pada suatu hari bila kita bangkit daripada tidur yang panjang dan enak pada sebelah malamnya itu, pagi itu kita bangkit tanpa bapa, tanpa ibu, tanpa abang-abang, tanpa kakak-kakak, tanpa adik-adik, tanpa teman-teman, dan tanpa sekolah??

Apa Peranan Kita,???
 bayangkanlah terlebih dahulu kesemua situasi yang telah kuberikan kepadamu di atas tadi. aku percaya, bahawa kamu ada jawapannya, kan??
Adapun, sejak bumi Palestin yang amat menjadi kecintaan kepada setiap yang bergelar Muslim di hati itu dijajah, aku ini masih ingat tentang sebuah surat cinta yang dikirimkan oleh tangan-tangan suci yang telahpun mengikrarkan janji setia mereka untuk mengorbankan jiwa dan harta mereka bagi pihak kita demi mempertahankan Baitul Maqdis yang bakal menjadi pusat pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Imam Mahdi di akhir zaman nanti.




"Jikalau kami gugur syahid, dan anda sekelian terus diam membisu dan hanya menyaksikan sahaja, nantikan hari pembalasan. Kami akan tuntut dari Allah di atas kelembapan anda semua. Kami tidak akan redha terhadap kelesuan dan kebisuan anda semua. Kami tidak akan memaafkannya." 

Sahabatku, inilah dianya suatu ayat yang membuatkan diri ini merasa takut sekali !! aku bimbang, jika aku tidak menyumbang apa-apa mengenai hal ini, maka aku akan didakwa di akhirat kelak! Nauzubillah., . Adapun, hal tanggungjawab ini bukanlah hanya tertakluk kepada isu Palestin sahaja, tetapi juga meliputi semua umat Islam yang ditindas di seluruh dunia termasuklah di Syria, Mesir, Libya, Yaman, dan lain-lain lagi.

Di bawah inilah jua beberapa tanggungjawab kita untuk membantu mereka jika menurut 'aqalku yang teramatlah pendek ini;

1. Doa & Solat
Sahabatku, paling tidakpun sekali di dalam hidup kita, ambillah sedikit daripada masa kita yang terlalu banyak itu untuk kita tunaikan dua rakaat solat hajat serta doakanlah kekuatan buat para mujahidin yang sedang berjuang mempertahankan tanah air serta ahli keluarga mereka itu. Doakanlah kemenangan mereka, agar dengan kemenangan itu, maka Islam akan kembali menjadi kuat!

2. Infaq
sahabatku, apabila kita melihat adanya masjid-masjid, ataupun surau-surau, atau jua mana-mana organisasi ataupun pertubuhan yang membuat panggilan kepada kita untuk menyedekahkan harta kepada negara-negara Islam yang sedang ditindas itu, maka usahlah kedekut untuk menginfaqkan sedikit daripada harta kita yang tidakpun pernah habis itu.

3. Sampaikanlah
sahabatku, andainya ada apa-apa aktiviti juga program yang melibatkan tentang isu penindasan umat Islam, maka perlulah untuk kita sertai, kalaupun tidak sebagai ahli yang menganjurkan, paling kurangpun sebagai peserta yang menerima pengisian. Setelah itu, panjang-panjangkanlah, dan sampai-sampaikanlah berita yang telah kita tahu itu kepada saudara-saudara yang lain.

4. Boikot Produk Penindas (Israel, USA, dll)
Adapun sahabatku, inilah salah satu cara bagi kita sebagai individu yang mungkin kesannya tidak sebesar manapun, namun jika dilakukan secara berterusan, insyaAllah, besarlah harapan kita untuk melihat kekalahan tentera-tentera dajjal dengan cara melemahkan sumber ekonomi mereka.tentang hal ini, aku menyeru diri ini sendiri, serta sahabat2 juga, agar lakukanlah ia secara berterusan, kalau boleh biarlah sampai ke habis hayat kita di dunia ini. 

Kerana pada fikiranku, biarpun mereka telah berhenti daripada membunuh saudara-saudara kita, namun darah-darah yang telahpun mereka tumpahkan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu, tidak mungkin akan kita halalkan dengan begitu mudah sekali, wahai saudaraku!!

 inilah jua dianya sekadar usaha kecilku yang kuharapkan semoga Allah redha kepadanya, dan semoga kita semua akan terselamatlah daripada didakwa oleh para syuhada' yang telah dan bakal pergi meninggalkan kita di akhirat kelak! Aamiin..

"jom tingkatkan iman,
gerakkan amal"

wassalam.. ^_^



Ahad, 15 Disember 2013

~bila diriku disapa tarbiyah~

Assalamualaikum wbt…
Kenapa Perlu Berusrah?
Aik macam lain jer tajuknya entri kali ni… hehe.. ya.. disini aku ingin membicarakan tentang apa itu USRAH yang terdiri daripada 5 HURUF…yang tidak asing lagi untuk pelajar sekolah/para mahasiswa/siswi…
 Imbasan  kisah dahulu sebelum mengenal apa itu usrah, aku adalah insan yang sangat susah untuk diajak berusrah..sehinggakan seorang kawan ni balik2 sms,call untuk ajak ke usrah..namun,dengan keegoan diriku..aku tidak juga datang..betapa sombongnya kau dahulu menolak majlis ilmu..betapa payahnya aku dahulu untuk melawan hawa nafsu yang inginkan keseronakkan.. aku berfikir bahawa cukuplah sekadar aku bertudung labuh,tutup aurat dengan sempurna, aku belajar agama disekolah ..ok dah.. baik dah tu..
Rupanya , aku silap,bahwa tak cukup semua itu…aku merasakan diriku seperti tiada apa2..hati yang kosong..dengan pelbagai perkara lagha yg dibuat(kalau nak di cerita satu2 memang sampai esok lah ..hehe ) .. huhh!!, inilah kisahku dahulu..
Akhirnya, pada suatu saat allah pertemukan aku pada insan2 yg terlalu baik,insan2 yang membawa aku kepada cintaNYA..membawa aku mengenal ertinya USRAH..mengenal ertinya Tarbiyah.. Alhamdulillah … sejak itu, aku pun menjerumuskan diriku pada USRAH..

Setiap minggu aku dan sahabat2 yang lain berusrah ..saling berkongsi suka dan duka..saling nasihat-menasihati..  ya, aku akui tak mudah untuk berusrah hanya orang2 yang terpilih sahaja..insan2 yang masih suci hatinya..insan2 yang ingin berubah.. indahnya bila berusrah, dapat berjumpa dengan adik2 dan sahabat2 yg dahulunya tak pernah pun kenal,bertegur pun tak.. tapi bila berada dalam lingkaran keimanan dapat terasa ukhuwah itu terjalin..

TAPI KADANG KALA AKU TERFIKIR INI ….
Kenapa aku masih berusrah, ??padahal aku ni bukannya sempurna…
Kenapa aku masih berusrah, ??padahal aku bukannya org yg alim2.
Kenapa aku masih berusrah,?? padahal jasad aku ni masih berlumuran maksiat.
Kenapa aku masih berusrah, ??padahal nafsu MALAS mengatasi iman dihati.


 Kadang2 pun aku terfikir kenapa aku berusrah yer? Teringat lagi dulu, semangat betul sahabat aku approach utk masuk usrah. Entah apa2 lah…. Tp sekarang lain. Aku dah mula menyedari nikmatnya berusrah tu dan pentingnya usrah dalam kehidupan. Usrah perlu diletakkan sbg top priority, so sepatutnya kite perlu letakkan sepenuh komited pada usrah pada setiap minggu itu. Maka, sepatutnya jadual kehidupan kite bergantung pada jadual usrah, bukan jadual usrah bergantung pada jadual hidup. Tp, persoalannya, knp usrah tu penting?
Kerana di dalam usrah itulah tempat penyuburan, pembinaan iman kita...

kerana usrah itu tempat untuk kita mendengar lantunan ayat al-quran, tadabbur & perkongisian dimana disitulah pembaikan diri  berlaku..ini sesuai dengan surah 51:56..
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.”
Kenapa usrah penting?? Bukan perkataan USRAH itu.. tapi apa yang berlaku didalamnya itu yang penting..
USRAH??
ð  tempat top-up iman
Mari kite semak semula lembaran sirah rasulullah saw. Usrah telah dimulakan di rumah Arqam bin Abi Arqam. Bermula dari situ lah, individu2 muslim yg mantap dan hebat dibentuk sehingga mereka sentiasa bersemangat dalam menyebarkan syiar islam.. Bermula dengan aura merekalah, kite mampu merase nikmat islam skrg ni. Usrah adalah wasilah utk melahirkan individu muslim yang mantap imannya yang sanggup mati demi ISLAM.. malah, melalui usrahlah, rrohani kita diisi.. Sekiranya rohani kites tidak diberikan makanan, sampai satu tahap kite akan merase kekosongan yg tidak bersebab… rohani kita juga memerlukan makanan yang lebih perlu diisi ..dan memerlukan pengisian yang konsisten…
Dalam usrah lah juga, dapat menjamin kita utk menatap,mendengar juga melafazkan ayat2 Allah. Bukalah ruang masa utk berusrah kerana disitulah proses tazkiatun- nafs (pembersihan hati) berlaku. Sewaktu usrah lah, kita akan mendengar peringatan demi peringatan utk mengingatkan kite sebagai al-insan yg pelupa. insyaallah, hati kita akan lebih lembut, mudah menerima hidayah, ilmu, dan kehidupan kite dipermudahkan.

ð   membentuk FAHAM bukan setakat TAHU


  “ Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka FAHAM”

Ramai manusia sekarang berpengetahuan pasal islam, tetapi tidak ramai org yg mampu beramal dengan islam. Amal tidak akan mampu terbentuk tanpa asas kefahaman pada islam.. So, usrah adalah wasilah utk mencetus rasa MAHU utk beramal.. ramai sahaja kita lihat org diluar sana yang berpengetahuan agama tapi masih melakukan perkara2 yang mendatangkan kemurkaan Allah.. sebagai contoh sering shaja kita lihat org yang ber ‘couple’ di mana2 sahaja..tak kira lah di sekolah,university..di Bandar.. dll. Yg lebih teruknya lagi sekarang ni ramai sahaja yang berkata dengan COUPLE ISLAMIK… ermm… padahal mereka adalah org2 yang tahu pasal islam..tahu isi al-quran.. tapi itulah bila mana dia tidak faham setiap kalam allah… di situ akan timbul hal2 yang rasanya tidak sepatut di lakukan oleh org2 yg TAHU..dimana dalam usrah nilah akan seiringlah makna TAHU dan FAHAM.. mahu kah kita hanya sekadar tahu?? Tapi tidak faham?? .. fikir2kan wahai insan2 yang celik..
Ayuh islahkan diri kita… ^_^
Orang Celik mencari jalan..
Orang buta mencari alasan…
Wassalam..

Ahad, 29 September 2013

Kenapa sukar Memaafkan ??

Bismillah..
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah dengan izinNYA diberikan lagi ruang dan luang untuk mencoret sesuatu dalam blog yg agak lama tak diisi dengan ilmu ...puji-pujian hanya untuk pencipta..
okay ,insyaAllah entry kali ni berkisarkan tentang kemaafan... ermm... kalau kita lihat di luar sana sedikit sahaja orang yg mampu memberi kemaafan dan paling sukar untuk org meminta maaf(peringatan untuk diriku yg hina dina ini).. kan?? betul tak?? agak2 lah kenapa pula sukar untuk org meminta maaf ..dan memaafkan.. kita biasa diingatan dgn statement ni "sedangkan nabi ampunkan umat,nikan pula kita" ..huh!! amat2 mendalam maknanya..tapi sedikit sahaja yg mengambil pengajaran dri ayat ni.. jom kita cari apakah yg menyebabkan ucapan MAAF itu sukar di ucapkan ... heheee.. jom2...

Kenapa sukar memaafkan?
Apa puncanya?

Lupakah kita bahawa memaafkan itu sama sekali tidak akan merendahkan  martabat? Malahannya jika difikirkan memaafkan itu lebih memuliakan darjat kita disisi Allah. Ataukah sebenarnya kita terlalu dikuasai oleh keegoaan untuk memperlihatkan kekuatan kita di tengah manusia?



Lupakah pula kita bahawa sebesar-besar dosa yang kita lakukan biar memuncak, melangit tingginya jika kita mohon ampun Allah tetap terima,  dan sekeji-keji perbuatan kita hingga penuh melitupi bumi selagi tidak syirik Allah tetap juga terima asal kita mahu kembali dan memohon ampun dariNya. Sekadar kesilapan manusia terhadap kita dengan kejahilannya maafkanlah sahaja dia.

Surah Al-Imran Ayat 133-134 Allah berfirman:-
https://encrypted-tbn0.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTR3VMPYD7QCY9HkGFTEd4aG7qnLh3rruu3Mu_g3RvsUS30L4_UDQ“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang bertaqwa.
(yaitu) orang-orang yang berinfak, baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan.”

Jika firman Allah itu dengan jelas dipandukan kepada kita bahawa bersegera beramal dengan kebaikan untuk mendapat keampunan dan syurgaNya. Maka bersegeralah kita mahunya, jangan leka lagi. Segera berbuat kebaikan supaya mendapat keampunan dan syurga Allah. Untuk siapa syurga itu disediakan? Untuk mereka yang bertaqwa. Siapa mereka yang bertaqwa? Dipandukan pula Allah di dalam ayat yang berikutnya. Telah Allah gariskan bagaimana yang dikatakan orang yang bertaqwa itu dalam ayat tersebut. Sangat jelas dan straight forward. Pun begitu, dari ayat itu paling ingin ditekankan di sini adalah pada orang-orang yang menahan amarah dan memaafkan kesalahan orang lain. Tidakkah sampai pesanan ini kepada kita? Masihkah kita harus melayan emosi kemarahan dan keegoan kita itu? Sombongkah kita untuk menjadi orang yang bertaqwa di sisi Allah dan mendapat syurga sebagai balasannya.   

Amarah dan ego itu  duduknya memang bukan di aqal. Tapi pada qolbu… qolbu itu dilitupi oleh nafsu. Nafsu itu diapi-apikan oleh bisikan syaitan. Nyatanya syaitan itu makhluk derhaka yang Allah janjikan neraka. Diberi izin untuk memperdaya, patutkah kita membiarkan diri terpedaya?

Jika kita mendahulukan Allah dalam segala hal dalam kehidupan harian kita pasti tidak menjadi kesukaran untuk memaafkan walau sedahsyat manapun kesilapan orang terhadap kita. Dan kerana kita beriman kepada Allah walau dalam keadaan  kita mampu untuk membalas perbuatan orang itu sekalipun kita tetap akan berani untuk memberi kemaafan.
Surah An Nahl Ayat 126 Allah berfirman:
“Dan jika kamu membalas, maka balaslah dengan (balasan) yang sama dengan siksaan yang ditimpakan kepadamu. Tetapi jika kamu bersabar, sesungguhnya itulah yang lebih baik bagi orang yang sabar.” 

Sesukar manapun memberi kemaafan, sukar lagi menurutkan rasa untuk menyimpan sakit hati dan dendam. Perasaan-perasaan ini tidak akan membawa diri kita maju. Buatlah muhasabah biar nampak kekurangan dan kelemahan diri sendiri takut-takut di masa hadapan kita pula terjebak melakukan dosa yang lebih buruk dan keji daripada orang yang tidak ingin kita maafkan itu. 


Memberi kemaafan tidaklah bermakna kita redha dengan kelakuan buruk orang terhadap kita. Tetapi apabila kita rela memaafkan bermakna kita telah meruntuhkan kesakitan kemarahan dan ego dan bersedia untuk meneruskan perjalanan menuju redha Allah. peringatan untuk diri sendiri yang sememangnya sukar mengucapkan MAAF.. fuh... insyaAllah sama2 kita jadikan membri maaf dan memohon maaf dari sifat kita..  Release the pain and move on!

"kurangkan EGO
tingkatkan KEMAAFAN"